Sekolahku Syurgaku
Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada hari ini tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan peneraju tampuk pemerintahan ...
Comments
Post a Comment