Kehidupan


Kehidupan. Apa yang boleh dimaksudkan dengan kehidupan? Adakah kehidupan seseorang begitu berharga and istimewa?

Kehidupan merupakan sesuatu kurniaan indah dari Tuhan. Ia begitu berharga dan istimewa dimana ia mampu mencorakkan seorang insan yang berjiwa. Walaupun ia mempunyai agenda keperitan dan kesusahan, ia mempunyai banyak aspek berkat dan kejayaan juga. Namun terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak menghargainya.

Kepada sesetengah orang, kehidupnya susah, kejam dan tanpa belas kasihan. Set orang ini melihat kehidupan sebagai hukuman sepanjang hidup mereka. Oleh itu, mereka melepaskan diri kepada nasib, mempercayai semuanya selesai.Mereka mempercayai bahawa apa yang dilakukan juga tidak cukup baik atau membawa manfaat.

Tetapi terdapat juga segelintir masyarakat yang melihat kehidupan sebagai satu cabaran, saluran penemuan prospek kejayaan dan gerbang kepada kekayaan. Mereka mempercayai kehidupan itu  manis dan penuh dengan warna-warni. Bagi mereke, bak kata pepatah “ dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”

Keinginan untuk berjaya atau gagal terletak di dalam diri sendiri seseorang. Anda boleh menjalani kehidupan sepenuhnya dengan kepuasan dan kegembiraan jika anda tidak berputus asa dan sering berfikiran positif. Sebaliknya, kehidupan seseorang juga boleh ditentukan sebagai sengsara jika dia tidak berusaha, sering mengadu dan membandingkan kehidupan mereka dengan insan lain .

Hidup itu mudah. Hidup itu mencabar. Harungilah dengan penuh semangat dan kehidupan kita akan dipenuhi dengan warna. Saya mengambil kehidupan saya sebagai sesuatu perjalanan yang indah. Bagaimanakah dengan anda?

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya yang mencabar

Kenangan Manis Zaman Kanak-kanak

Sekolahku Syurgaku