Peristiwa yang Pahit
Aku menjatuhkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas itu. Bulan tergantung pucat tidak berdaya. Bintang-bintang pula bertaburan bak padi ditabur. Aku membiarkan angin malam mengusap rambutku. Fikiranku kusut masai dengan benang-benang kegelisahan. Hanya kedengaran bunyi ombak yang memecah kesunyian malam.
Aku hamparkan pandanganku ke sebuah gambar kecil di dalam genggamanku. Gambar inilah yang sering memberi aku kekuatan jiwa untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini. Aku menitiskan air mata penyesalan. Semua ini berlaku gara-gara sikap aku yang cuai. Hatiku diikat rantai kehampaan.
Hingga kini, ingatanku sering tercampak ke tasik kenangan lama. Aku terasa rindu yang amat mendalam terhadap rakanku, Salleh. Perasaan sesalku tidak dapat menghapuskan segala kenangan silamku. Kenangan yang menyedihkan akan menimbulkan kembali peristiwa yang pahit. Ini telah berlaku dalam hidup aku sekitar dua tahun yang lalu. Oh, maafkan aku, Salleh!
Meera ialah sahabat karibku. Aku mengenalinya semenjak darjah satu. Dia tidak sombong dan selalu merendah diri. Dia juga sering memberi aku nasihat yang berguna untuk tekun belajar. Dia merupakan seorang murid yang amat berkebolehan dalam bidang duniawi dan ukhrawi. Dia sering memberikan pertolongan kepada aku dalam mata pelajaran Matematik kerana aku sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut.
Selain bidang akademik, Meera juga mahir bermain bola sepak. Dia bermain untuk pasukan bola sepak sekolah kami. Disebabkan dorongannya, aku juga telah menjadi salah seorang anggota pasukan bola sepak itu. Kami berlatih bersungguh-sungguh setiap minggu untuk mempersiapkan diri bagi pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah di Singapura.
Pada tahun itu, Meera pernah ditabalkan sebagai pelajar terbaik di sekolahku. Namun malang tidak berbau. Kemalangan yang amat menyayat hati telah menimpa Salleh. Impiannya untuk muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan akhir tahun yang hampir menjelang hancur musnah. Sungguh malang nasibnya. Ini semua gara-gara sikap aku yang cuai dan mementingkan diri sendiri.
Pada petang Sabtu itu, sebulan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, aku telah mengajak Meera dan kawan-kawan yang lain untuk latihan bola jaring di sekolah kami. Kami bermain dengan gembira dan bertukar-tukar taktik agar dapat bermain dengan lebih baik lagi. Tanpa aku sengaja, aku telah membaling bola begitu kuat sekali sehingga bola itu melambung ke tempat meletak kereta yang berdekatan.
“Meera, ambil bola itu!” jerit aku dengan kuat.
“Aku letihlah,” sambutnya.
“Cepatlah, kita harus berlatih lagi!” Aku menjerit lagi.
Aku menjerit menyuruh Meera mengambil bola itu kerana dia yang paling hampir dengan bola itu. Akhirnya Meera mengalah dan dia pun berlari ke arah bola itu. Namun, malang tidak berbau. Salleh tidak sedar bahawa sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Aku menjerit sekuat hati tetapi semuanya sudah terlambat. Meera telah dilanggar kereta itu. Pemandu kereta itu bergegas keluar untuk melihat keadaan Meera. Serpihan kaca kelihatan di merata tempat.
Meera terlantar di tepi jalan raya itu. Tubuhnya berlumuran darah. Aku berlari ke arahnya dan memeluk tubuhnya yang semakin lemah. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada saat itu. Titisan air mata berlinangan membasahi pipiku. Aku pasrah pada saat itu dan sempat memanjatkan doa kepada Ilahi agar sahabat karibku itu dapat diselamatkan. Aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat yang aku ibaratkan seperti satu dalam seribu.
Selang beberapa minit, ambulans pun tiba di tempat kejadian. Paramedik bergegas keluar dengansebuah tandu. Pegawai ambulans mengalihkan Salleh ke atas tandu itu lalu memasukkannya ke dalam ambulans untuk digegaskan ke hospital. Setibanya di hospital, aku menggunakan telefon awam yang tersedia di hospital itu untuk menelefon kedua-dua ibu bapa kami. Ketika dalam perbualan bersama ibu bapa Meera, mereka kedengaran begitu resah sekali. Hatiku bagaikan dirobek pisau yang tajam apabila terdengar suara ibu Salleh yang menangis tersedu-sedan.
Aku terus berdoa kepada yang maha berkuasa untuk keselamatan sahabatku, Meera. Ibu bapa Meera pun tiba tidak lama kemudian. Kami menunggu dengan penuh debaran di luar bilik pembedahan. Salah seorang doktor yang merawat Meera keluar dari bilik pembedahan dengan wajah yang muram dan kecewa. Pada saat itu, aku telah patah semangat dan putus asa. Hati ibu dan bapa Meera remuk apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak dapat diselamatkan.
Ibu bapaku cuba memujuk ibu bapa Meera yang ketika itu tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku dengan mengatakan bahawa itu sudah suratan takdir dan tidak ada apa yang dapat merubah keadaan. Aku tidak dapat melupakan peristiwa itu kerana disebabkan kecuaianku, dia telah menjadi mangsa pelanggaran. Namun aku harus terima qadak dan qadar.
“Yo, pergi masuk tidur. Sudah dini hari,” pujuk ayahku.
Lamunanku terputus. Aku lantas bangun dan ayah memelukku dengan erat. Dia mengesat air mata yang jatuh berlinangan di pipiku. Aku akur bahawa aku mempunyai keluarga yang sangat menyayangiku. Namun aku tidak dapat melupakan kenangan silam. Aku kerap termenung apabila mengimbas kembali kejadian itu. Setiap malam, aku akan duduk di beranda menghadap ke laut dan termenung jauh. Akan tetapi, aku sedar bahawa kehidupan harus diteruskan. Aku akan cuba untuk melupakan peritiswa yang pahit ini
Comments
Post a Comment