Saat Yang Paling Mendebarkan Dalam Diri Saya

Saat yang paling mendebarkan dalam diri saya ialah semasa menunggu keputusan peperiksaan diumumkan. Melalui situasi tersebut pada tahun 2014 yang lalu, iaitu semasa ingin mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Penilaian  Menengah. Betul kata orang, penantian itu suatu penyeksaan. Sepanjang penantian itu serba tidak kena saya dibuatnya.Pada malam sebelum keputusan diumumkan, hatiku berdebar-debar dan badanku terasa seram sejuk. Macam-macam perkara yang saya fikirkan yang mungkin akan berlaku pada keesokan harinya. Kesannya, saya tidak dapat tidur lena. Saya pasti bahawa kawan-kawan saya yang lain berperasaan begitu juga.


Perasaan berdebar-debar ini semakin ketara apabila menjelang pagi. Meskipun masih resah, namun hakikatnya tidak sabar untuk melihat keputusan peperiksaan. Abah dan mama saya bercuti hari ini untuk bersama-sama dengan saya ke sekolah nanti. Saya berasa sedikit lega apabila abah dan mama meyakinku bahawa mereka menerima apa-apa saja keputusan yang saya dapat.


Pukul 9.30 pagi, kami tiba di perkarangan sekolah. Ayah dan ibu memberikan peluang kepada saya untuk bertemu dengan kawan-kawan. Sangat gembira sangat itu kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan semula. Kami bersama-sama menunggu pengumuman keputusan peperiksaan itu dengan penuh debaran.Tepat pada pukul 10.00 pagi, Cikgu Raza keluar dari bilik Pengetua. Beliau terus menuju ke papan kenyataan untuk memaparkan keputusan peperiksaan itu. Saya semakin berdebar apabila melihat kawan-kawan yang lain melonjak-lonjak kegembiraan. Sudah tentu mereka berjaya.


Tiba giliran saya pula untuk melihat paparan pada papan kenyataan. Mata meliar mencari nama dan melihat keputusan di hujung nama. Berkali-kali saya melihat keputusan itu. Air mata saya mengalir tiba-tiba kerana saya Berjaya memperoleh 5A. Walaupun tidak semua A tapi saya sangat bersyukur kerana matapelajaran yang paling saya tidak sukai iaitu Kimia saya lulus. Sepanjang pelajaran saya tidak pernah lulus dalam pelajaran tersebut. Saya terus mecari ayah dan ibu dan terus memeluk mereka. Saya sangat gembira pada waktu itu. Guru-guru semua mengucapkan tahniah kepada saya. Sebelum saya pulang ke rumah, saya berjumpa dengan semua guru yang telah mengajar saya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ilmu yang diberi.


Hilang debaran yang menghantui saya sejak beberapa hari yang lalu. Kini, perasaan itu digantikan pula dengan rasa syukur dan lega yang teramat. Kini, saya ingin memburu impian saya untuk mendapat segulung ijazah.


Image result for Chemistry

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan sebelum menceburi bidang kerjaya yang mencabar

Kenangan Manis Zaman Kanak-kanak

Sekolahku Syurgaku