Posts

Showing posts from December, 2018

Semangat Kejiranan

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian.  Jiran yang baik ibarat cubit paha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.              Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baharu Cina atau Deepavali. Selain itu, kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.              Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain. Hubungan

Faedah-faedah Melibatkan Diri Dalam Aktivti Sekolah

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan? Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut. Seterusnya, suka

Kenangan Terindah Di Sekolah

Suasana di rumahku sangat riuh sekali. Saudara-maraku sedang sibuk membantu ibu dan ayah menguruskan majlis perkahwinan abangku. Pinggan mangkuk kedengaran berlaga-laga. Suara helai ketawa kanak-kanak telah meriahkan suasana di sekelilingku. Aku pula sedang sibuk menyiapkan bilik pengantin abangku.      Tiba-tiba pandanganku terhampar ke sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja di sisi katil. Senyumannya yang manis dan menawan telah bersamaku semenjak zaman kanak-kanak lagi. Kelopak-kelopak bunga menyirami hatiku. Hari itu hatiku berasa sungguh gembira sekali kerana sahabat karibku telah menjadi ahli dalam keluargaku.      Rina ialah sahabat karibku. Aku mengenalinya semenjak darjah satu. Dia seorang yang aktif dan sangat berani. Aku sangat senang berkawan dengannya kerana aku juga seorang yang aktif dan agak nakal. Dia merupakan seorang pelajar yang amat berkebolehan dalam pelajaran dan dalam bidang komputer. Dia sering memberikan pertolongan kepada aku dalam mata pel

Peristiwa yang Pahit

Aku menjatuhkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas itu. Bulan tergantung pucat tidak berdaya. Bintang-bintang pula bertaburan bak padi ditabur. Aku membiarkan angin malam mengusap rambutku. Fikiranku kusut masai dengan benang-benang kegelisahan. Hanya kedengaran bunyi ombak yang memecah kesunyian malam.      Aku hamparkan pandanganku ke sebuah gambar kecil di dalam genggamanku. Gambar inilah yang sering memberi aku kekuatan jiwa untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini. Aku menitiskan air mata penyesalan. Semua ini berlaku gara-gara sikap aku yang cuai. Hatiku diikat rantai kehampaan.      Hingga kini, ingatanku sering tercampak ke tasik kenangan lama. Aku terasa rindu yang amat mendalam terhadap rakanku, Salleh. Perasaan sesalku tidak dapat menghapuskan segala kenangan silamku. Kenangan yang menyedihkan akan menimbulkan kembali peristiwa yang pahit. Ini telah berlaku dalam hidup aku sekitar dua tahun yang lalu. Oh, maafkan aku, Salleh!      Meera ialah sahabat

Peristiwa Menyeramkan Hati

Perjalanan selama lima jam dari Kuala Lumpur menyebabkan badan saya berasa lesu. Tiadak sabar rasanya saya hendak bertemu dengan kedua-dua orang tua saya. Mata saya mula mengantuk. Hujan di luar menambah rasa dingin pada penyaman udara kereta saya. Sejuknya begitu menyengkam tulang. Hati saya lega apabila kereta yang saya pandu tiba di persimpangan jalan untuk ke kampung. Jalan itu memang sunyi apabila tiba waktu malam walaupun lampu jalan terang bernyala. Walaupun macam-macam cerita yang saya dengar mengenai jalan tersebut, namun saya tiada pilihan lain. Hanya itulah satu-satunya jalan untuk sampai ke kampung saya. Tidak jauh dari simpang itu, saya sedikit terkejut apabila ternampak seorang wanita tua menahan kereta saya. Pada mulanya saya berasa keberatan untuk berhenti. Hati saya berbelah bahagi. Namun, entah kuasa apa yang mendorong saya untuk berhenti. Wanita itu cepat-cepat masuk kedalam kereta saya. Baju kurung yang dipakainya habis lencun.    “Makcik hendak kemana?

Saat Yang Paling Mendebarkan Dalam Diri Saya

Image
Saat yang paling mendebarkan dalam diri saya ialah semasa menunggu keputusan peperiksaan diumumkan. Melalui situasi tersebut pada tahun 2014 yang lalu, iaitu semasa ingin mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Penilaian  Menengah. Betul kata orang, penantian itu suatu penyeksaan. Sepanjang penantian itu serba tidak kena saya dibuatnya.Pada malam sebelum keputusan diumumkan, hatiku berdebar-debar dan badanku terasa seram sejuk. Macam-macam perkara yang saya fikirkan yang mungkin akan berlaku pada keesokan harinya. Kesannya, saya tidak dapat tidur lena. Saya pasti bahawa kawan-kawan saya yang lain berperasaan begitu juga. Perasaan berdebar-debar ini semakin ketara apabila menjelang pagi. Meskipun masih resah, namun hakikatnya tidak sabar untuk melihat keputusan peperiksaan. Abah dan mama saya bercuti hari ini untuk bersama-sama dengan saya ke sekolah nanti. Saya berasa sedikit lega apabila abah dan mama meyakinku bahawa mereka menerima apa-apa saja keputusan yang saya dapat. Pukul 9

Kenangan Manis Zaman Kanak-kanak

Image
Harini saya akan menceritakan kenangan manis pada zaman kanak-kanak yang tidak dapat saya lupakan. Saya ialah anak pertama dalam keluarga. Oleh sebab saya anak sulung merangkap cucu sulung dalam keluarga, sudah pastinya saya ditatang bagai minyak yang penuh. Saya cukup bertuah kerana dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi saya. Jarang-jarang kemahuan saya tidak dipenuhi. Semua kehendak saya dilayan dengan baik. Tambahan pula, ibu bapa saya sering meluangkan masa untuk saya di rumah dan pada hujung minggu pula, mereka akan membawa saya bersiar-siar. Zaman kanak-kanak memberi saya peluang untuk memiliki banyak alat permainan. Ayahlah yang selalu membeli alat permainan untuk saya. Yang paling saya sukai ialah mainan patung ‘Barbie’. Ibu lebih suka membelikan saya barang mainan yang lebih memberikan pengetahuan seperti permainan lego dan komputer riba bergambar. Masih terbayang di fikiran saya, kemeriahan apabila menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri semasa kecil dah

Sekolahku Syurgaku

Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada hari ini tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan peneraju tampuk pemerintahan

Disipin Teras Kejayaan

Image
Disiplin teras kejayaan ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara mengurus diri yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan kita. Oleh itu, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam mencapai sesuatu sama ada belajar, bekerja dan melunaskan rutin harian kita.  Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kerjaya semuanya memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva Edison dalam usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat. Beliau memerlukan ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Ketika sedang mendaki tangga kejayaan, ingatlah tiada tonik lain yang lebih mujarab yang boleh membantu kita mencapai matlamat. Tanpa disiplin hasrat kita akan terbantut, urusan kita tidak langsai, justeru impian kita akan b